Kes rasuah: Bekas setiausaha politik Hamzah dibicara pada 25 Ogos

August 8, 2025 · Politik

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 25 hingga 28 Ogos ini untuk perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas setiausaha politik kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Sayed Amir Muzzakkir Al Syaed Mohamad, yang didakwa menerima suapan RM350,000.

Hakim Rosli Ahmad mengekalkan tarikh perbicaraan selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi memaklumkan bahawa pernyataan saksi telah diserahkan kepada pihak pembelaan pada 31 Julai lalu.

Peguam pembela, Md Yunos Shariff, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan pernyataan pembelaan di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 sebelum tarikh perbicaraan.

Pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.

Sayed Amir Muzzakkir, 43, didakwa pada 23 Mei lalu atas tiga pertuduhan rasuah. Dua pertuduhan membabitkan penerimaan suapan RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof, sebagai upah untuk membantu syarikat itu mendapatkan tender projek Sistem RMPNet PDRM bernilai RM381.1 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris Dutamas pada 4 dan 16 Disember 2020. Sehari kemudian, beliau didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan meminta suapan RM350,000 daripada individu yang sama di pejabat Nexuscorp, Shah Alam, awal Disember 2020.

Kes di Shah Alam telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama. Jika sabit kesalahan, Sayed Amir Muzzakkir boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Kes ini menjadi tumpuan umum memandangkan ia melibatkan bekas pegawai kanan kementerian yang bertanggungjawab dalam urusan tender kerajaan bernilai tinggi.

Berita berkaitan
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
23 jam lalu· Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
23 jam lalu· Isu semasa
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
4 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
4 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
4 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
4 jam lalu · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok