Pemuda Harapan desak Akmal mohon maaf terbuka atas kenyataan hina OKU

August 9, 2025 · Politik

Angkatan Muda Harapan (AMH) menuntut Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh memohon maaf secara terbuka kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) berikutan kenyataannya yang dianggap tidak sensitif dan menghina.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, AMH mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Akmal yang didakwa menggunakan golongan OKU sebagai bahan jenaka politik.

“Kenyataan beliau menghantar mesej bahawa sesiapa yang tidak bersetuju dengannya layak diberi kad OKU. Ini adalah bentuk diskriminasi yang keji dan tidak bertanggungjawab,” tegas AMH dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Ho Chi Yang; Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan; Ketua Penerangan Pemuda UPKO, Fardy Bungga; Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Danish Hairudin; serta Ketua Biro Komunikasi WARDA, Siti Nur Aishah Mohd Zain.

AMH turut mencabar pembangkang agar berani mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat sekiranya benar-benar yakin dengan kritikan mereka.

“Jika tidak berani atau gagal melakukannya, pembangkang perlu akur dan memainkan peranan sebagai pengimbang secara konstruktif dan bertanggungjawab,” tegas kenyataan itu.

AMH juga menyeru semua Ahli Parlimen agar membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) secara matang dan berasaskan fakta, bukan sekadar menilai ketebalan dokumen semata-mata.

“Politik murahan seperti ini tidak membantu negara. Kita perlu fokus pada perbahasan yang membina untuk kemajuan rakyat,” tegas AMH.

Tuntutan AMH ini dibuat susulan kenyataan kontroversi Akmal yang menimbulkan kemarahan ramai, terutamanya dalam kalangan aktivis OKU dan masyarakat yang prihatin terhadap isu diskriminasi.

Berita berkaitan
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
10 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
18 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
18 jam lalu· Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
12 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
18 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
18 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok