Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias menggesa kerajaan mempercepatkan pindaan terhadap Akta Persaingan 2010 bagi menangani kelemahan dalam menangani isu kartel, monopoli, dan amalan antipersaingan.
Jalaluddin berkata, pindaan segera diperlukan untuk memperkasa peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), memandangkan sasaran pelaksanaan mengikut Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hanya dijadualkan pada 2030, yang dianggap terlalu lewat.
Jalaluddin turut mempersoalkan mengapa MyCC hanya bertindak selepas sesuatu projek selesai dilaksanakan, bukannya semasa proses perolehan masih berjalan.
Beliau mengkritik pendekatan “tunggu dan lihat” yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan melambatkan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat.
“Adakah kuasa MyCC terlalu terhad sehingga tidak boleh bertindak lebih awal? Atau adakah ini menunjukkan kelemahan dalam penguatkuasaan?” soal beliau di Dewan Rakyat hari ini.
Jalaluddin mencadangkan MyCC bekerjasama rapat dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk memantau kontraktor dari peringkat awal.
Dengan lebih 131,570 kontraktor berdaftar, beliau berpendapat kerjasama ini dapat memastikan persaingan sihat dalam industri pembinaan tanpa menzalimi kontraktor yang patuh undang-undang.
Beliau menekankan pentingnya pindaan akta ini bagi memastikan MyCC lebih proaktif dalam mencegah penipuan tender dan pembentukan kartel, sekaligus melindungi kepentingan awam.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri