Lembaga Tabung Haji.
Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan bahawa proses penjenamaan jenama mereka hanya melibatkan peruntukan RM2 juta setahun selama tiga tahun, berbanding dakwaan RM20 juta yang tersebar sebelum ini.
Dalam kenyataan rasmi, TH menyifatkan spekulasi berkenaan sebagai tidak berasas dan bersifat fitnah dan menjelaskan proses penjenamaan semula ini melibatkan kajian pasaran yang mendalam serta sesi libat urus dengan pendeposit untuk memahami keperluan semasa.
“Perubahan demografi masyarakat Islam Malaysia memberi kesan signifikan terhadap operasi kami. Justeru, proses ini penting untuk memastikan TH terus relevan,” jelas kenyataan tersebut.
TH menafikan tanggapan mereka tidak perlu memperkukuh jenama setelah 60 tahun beroperasi, memandangkan pihaknya telah melakukan beberapa kali pengukuhan jenama sebelum ini.
“Ini merupakan pelaburan strategik untuk mengubah persepsi dan mendorong lebih ramai umat Islam menabung secara sistematik bagi memenuhi syarat kemampuan menunaikan haji,” tambah kenyataan itu.
TH mendedahkan kini terdapat 9.6 juta pendeposit, yang hanya mewakili 55% daripada jumlah penduduk Muslim di Malaysia.
Lebih membimbangkan, lebih 53% pendeposit mempunyai simpanan kurang daripada RM1,300 dan jumlah itu jauh daripada mencukupi untuk menunaikan haji yang memerlukan kos sekitar RM15,000 bagi jemaah kumpulan B40 pada 2025.
Pihak TH juga menyatakan lebih 80% transaksi kewangan kini dilakukan secara digital, menunjukkan perubahan pola penggunaan dalam kalangan pendeposit.
TH sedang merancang kempen khas untuk menggalakkan umat Islam, khususnya generasi muda, menabung secara konsisten dan sistematik.
Lembaga pengarah TH juga akan mengkaji semula strategi operasi untuk memastikan institusi ini kekal berdaya saing dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pendeposit.
“Ini semua bertujuan memastikan kelestarian TH sebagai institusi haji negara serta membantu lebih ramai umat Islam mencapai impian menunaikan rukun Islam kelima,” menurut kenyataan tersebut.
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan