Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi Fadzil menafikan sebarang campur tangan atau pengaruh luar dalam keputusan Kabinet seperti didakwa oleh bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli dalam wawancara baru-baru ini.
Menteri Komunikasi itu berkata dakwaan kononnya terdapat pihak tertentu mempengaruhi keputusan kerajaan adalah sama sekali tidak berasas dan tidak benar sama sekali, malah semua keputusan yang dibuat adalah secara konsensus.
“Langsung tidak ada, saya hadir hampir setiap mesyuarat Jemaah Menteri keputusan yang dibuat adalah keputusan yang diputuskan dalam Jemaah Menteri, tidak ada (pengaruh) selain mana-mana pihak lain… itu bagi saya tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Denyut Nadi Merdeka di Stesen LRT Pasar Seni.
Fahmi mengulas mengenai dakwaan bekas dibuat Rafizi, yang dalam podcast mendakwa terdapat percakapan dalam kalangan pelbagai individu di dalam dan luar kerajaan mengatakan bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mempunyai pengaruh besar ke atas keputusan kerajaan.
Rafizi berkata persepsi sedemikian mesti ditangani kerana ia berbahaya, sama ada benar atau tidak.
Fahmi menambah bahawa beliau tidak menonton podcast Rafizi sehingga dimaklumkan oleh media.
“Saya tak tonton, saya tak tahu pun, tapi keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri, sebenarnya perbincangan dalam Jemaah Menteri itu adalah berstatus rahsia, rahsia besar.
“Yang mana sekiranya diketahui Akta Rahsia Rasmi (OSA) terpakai, jadi sekiranya ada tuduhan oleh mana-mana pihak maka boleh dibuat laporan polis dan pihak berkuasa akan ambil tindakan tapi saya belum mendengar hal ini,” ujarnya lagi.
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan