Mahfuz bidas PAS putar belit isu penjenamaan semula TH

August 24, 2025 · Politik

Mahfuz Omar menegaskan proses penjenamaan semula Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan langkah pemulihan strategik untuk mengukuhkan institusi berkenaan dan bukan penggadaian aset umat Islam seperti didakwa pihak tertentu.

Naib Presiden Parti Amanah itu membidas kenyataan PAS yang menyifatkan penjenamaan semula TH sebagai penggadaian kepada bukan Islam sebagai fitnah politik yang sengaja dimainkan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Fakta jelas menunjukkan kerosakan Tabung Haji berlaku sebelum kerajaan PH 1.0 memerintah, dengan akaun yang dimanipulasi, aset rugi berbilion ringgit, dan pendeposit hampir menjadi mangsa.

“Langkah menyelamatkan TH bermula pada 2018 melalui penstrukturan semula, pembersihan aset, dan pembaikan tadbir uris,” katanya dalam kenyataan media.

Mahfuz menekankan penjenamaan semula TH pada 2025 hanya melibatkan imej korporat dan tidak mengubah aspek ibadat haji atau umrah.

“Ibadat haji tetap dilaksanakan mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan, tidak berubah seperti yang cuba diputar-belitkan oleh PAS.”

Beliau juga mendakwa PAS tidak konsisten dalam isu ini, memandangkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS pernah memberikan konsesi balak dan tanah kepada syarikat bukan Islam termasuk dari luar negara.

“Islam melarang fitnah dan penipuan, tetapi PAS menjadikannya modal politik.

“Kerajaan Madani berusaha mempertahankan institusi Islam, manakala PAS di negeri tadbirannya sanggup menyerahkan tanah demi keuntungan politik,” tegasnya.

Mahfuz yakin rakyat tidak akan terpedaya dengan naratif fitnah yang diuar-uarkan PAS dan percaya bahawa usaha kerajaan memperkukuhkan TH akan terus mendapat sokongan umat Islam di negara ini.

Berita berkaitan
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
November 23, 2026· Politik
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
11 jam lalu· Isu semasa
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
November 22, 2026· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
November 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
November 23, 2026 · Politik
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
7 jam lalu · Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
7 jam lalu · Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
11 jam lalu · Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok