Rafizi Ramli.
Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mengesahkan telah menerima surat “cease and desist” daripada peguam yang mewakili ahli perniagaan Datuk Wira Farhash Wafa Salvador ekoran isu yang berbangkit antara kedua-dua mereka.
Surat bertarikh 22 Ogos 2025 itu menuntut Rafizi menghentikan kenyataan dan memohon maaf berhubung kenyataannya yang mengesahkan pemberi maklumat berkaitan urus niaga syarikat yang melibatkan Farhash.
Namun, Rafizi menegaskan kenyataannya adalah berdasarkan fakta dan beliau bersedia mempertahankannya di mahkamah.
“Kenyataan saya itu adalah satu penyataan fakta. Oleh itu, saya bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah,” tegas Ahli Parlimen Pandan hari ini.
Beliau telah menyerahkan perkara ini kepada peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri untuk tindakan selanjutnya.
Rafizi juga berkata jika Farhash memfailkan saman, ia akan menjadi kes berkepentingan awam yang membolehkan peguamnya menanyakan soalan-soalan yang ditimbulkan pelbagai pihak selama ini.
Sebelum ini, Rafizi menafikan dakwaan bahawa serangan terhadap anak lelakinya mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atau bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Sebaliknya, beliau mendedahkan seminggu sebelum serangan, beliau telah berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang melibatkan Farhash dan urus niaga syarikat-syarikatnya.
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar