Rayuan Anwar bersabit kes saman Yusoff Rawther akan didengar Mac tahun depan

September 2, 2025 · Politik

Rayuan dikemukakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung saman sivil yang difailkan oleh Yusoff Rawther atas dakwaan serangan seksual, ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 4 Mac 2026.

Tarikh tersebut diputuskan selepas satu sesi pengurusan kes melalui e-Semakan di hadapan timbalan pendaftar mahkamah itu hari ini.

Peguam Yusoff, Rafique Rashid Ali, memaklumkan satu sesi pengurusan kes lain dijadualkan pada 19 Februari 2026.

Menurut Rafique, pihak Anwar telah memohon untuk memasukkan dokumen tambahan yang tidak dirujuk dalam permohonan asal di Mahkamah Tinggi, tetapi ia dibantah keras oleh peguam Yusoff.

Beliau menambah bahawa pihaknya telah berulang kali memohon agar tarikh pendengaran rayuan dipercepatkan, bertepatan dengan cadangan hakim semasa permohonan penangguhan prosiding pada 21 Julai 2025.

“Pihak responden baru sahaja mengarahkan kami untuk menulis kepada presiden Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan tarikh pendengaran rayuan lebih awal, memandangkan kes ini merupakan kes berkepentingan awam,” kata Rafique.

Bagaimanapun, peguam Anwar berkata ketidakupayaan untuk hadir pada tarikh lebih awal, manakala mahkamah pula memaklumkan tarikh terawal yang tersedia adalah antara Januari hingga Mac 2026.

Rafique berkata, pihak responden (Yusoff) telah mengarahkan mereka untuk menulis surat kepada presiden Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan tarikh yang lebih awal memandangkan kes ini melibatkan kepentingan awam.

Pada 21 Julai lalu, Anwar berjaya memperoleh penangguhan sementara prosiding saman sivil itu selepas Mahkamah Rayuan memberikan penangguhan menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan.

Panel tiga anggota mahkamah yang diketuai oleh Hakim Che Ruzima Ghazali bersetuju bahawa penangguhan wajar diberikan atas sebab keadaan istimewa.

Keputusan itu menyusuli keputusan Mahkamah Rayuan pada 10 Jun yang mengeluarkan penangguhan sementara ke atas semua prosiding saman tersebut.

Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya pada tahun 2018.

Sebelum itu, pada 4 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan saman sivil itu.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusa hujah Anwar mengenai kekebalan dan potensi kemudaratan kepada fungsi eksekutifnya tidak mempunyai asas perlembagaan, sambil menegaskan prinsip semua individu adalah sama rata di sisi undang-undang.

Berita berkaitan
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
3 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
9 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
10 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
3 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
3 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
9 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
11 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok