Pengurusan kes saman fitnah Farhash terhadap Wan Fayhsal ditetapkan 24 Sept

September 2, 2025 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 September ini bagi sesi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Tarikh baharu itu diputuskan selepas sesi pengurusan kes yang pada asalnya dijadualkan hari ini dibatalkan tanpa diberikan sebarang alasan oleh mahkamah.

Perkara itu disahkan oleh peguam Wan Ahmad Fayhsal, Chetan Jethwani.

Farhash memfailkan saman tersebut berikutan satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Wan Ahmad Fayhsal di perkarangan Parlimen pada 14 November tahun lalu.

Dalam samannya, Farhash mendakwa kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah beliau menawarkan rasuah atau ugutan kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan yang memerintah.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu menjejaskan reputasinya dan mencemarkan namanya, termasuk kedudukannya sebagai pengerusi dan pengarah di beberapa syarikat tersenarai awam.

Walaupun tidak lagi aktif dalam politik, Farhash masih memegang jawatan sebagai pengarah di 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dan Apex Equity Holdings Bhd.

Melalui saman itu, beliau menuntut ganti rugi khas, am dan teladan berjumlah RM10 juta, serta ganti rugi lain yang jumlahnya tidak ditetapkan daripada defendan.

Farhash juga memohon injunksi untuk menghalang Wan Ahmad Fayhsal daripada mengulangi kenyataan berkenaan dan perintah mahkamah agar semua hantaran berkaitan di platform media sosial defendan dipadamkan.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
3 jam lalu · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
10 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
10 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok