Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri disiasat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan dan merakam keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri, berhubung satu hantaran palsu di media sosial yang mempunyai unsur perkauman.
Hantaran tersebut menyebarkan dakwaan tidak benar mengenai seorang wanita Cina yang dikatakan menaiki pentas utama semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh.
Bagaimanapun dakwaan dibuat oleh Mohd Hafez itu adalah palsu dan disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman adalah tidak benar serta berpotensi menimbulkan ketegangan kaum serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
Sesi rakaman keterangan dan siasatan lanjut itu telah dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari Selasa, 2 September 2025.
Siasatan ini dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
MCMC menegaskan bahawa perbuatan menyebarkan kandungan palsu berunsur perkauman adalah satu kesalahan serius yang boleh mengancam keharmonian dan ketenteraman awam.
Orang ramai diingatkan agar sentiasa prihatin dan mengesahkan kesahihan mana-mana maklumat sebelum membuat atau menyebarkannya di platform media sosial.
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?