Lelaki dicekup polis Thailand bawa senjata, PDRM siasat kaitan sindiket

September 5, 2025 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan sama ada seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand baru-baru ini kerana menyeludup senjata api mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah terancang atau sekadar berperanan sebagai ‘transporter’ (pengangkut) upahan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan pihaknya telah menerima taklimat lengkap daripada polis berhubung kes tersebut.

Menurutnya, tangkapan itu dibuat hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia, sama ada di peringkat kerajaan mahupun agensi penguatkuasaan.

“Tangkapan dibuat di Thailand atas hubungan baik antara kedua-dua negara. Oleh sebab tangkapan dibuat di sana, pihak berkuasa Thailand akan menjalankan siasatan penuh.

“Kebiasaannya, mereka akan memaklumkan perkembangan kes kepada kita,” kata Saifuddin dipetik media.

Beliau menambah, PDRM turut menjalankan ‘profiling’ terhadap suspek bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai latar belakang dan motifnya.

Siasatan awal setakat ini mendapati suspek tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah besar atau rangkaian terancang, namun fokus penyiasatan adalah untuk menentukan sama ada dia bertindak sebagai orang upahan atau sebahagian daripada jaringan yang lebih besar.

“Kita sahkan dia rakyat Malaysia dan tangkapan itu membabitkan senjata api serta peluru. Ini isu serius yang perlu disiasat hingga ke akar umbi,” tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan di Danok, Sadao, Thailand pada Sabtu lalu selepas polis menemui dua laras raifal M16 dan 450 butir peluru disembunyikan dalam keretanya.

Suspek mengaku menerima upah RM10,000 untuk menyeludup senjata tersebut ke Malaysia.

Saifuddin menegaskan setakat ini tiada bukti yang menghubungkan suspek dengan mana-mana kumpulan keganasan.

Siasatan masih diteruskan bagi memastikan semua pihak yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

Berita berkaitan
Penjara teliti syarat tahanan rumah Najib: Saifuddin Nasution
October 18, 2026· Politik
Isu video lama tular, JPN jelaskan kahwin sivil bukan ritual agama
October 18, 2026· Isu semasa
Saifuddin: Sistem pendaftaran UNHCR cetus masalah pengurusan pelarian
October 13, 2026· Isu semasa
SPRM, polis siasat isu tunggakan RM314 juta MyEG, Zetrix kepada JPJ
October 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
13 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
15 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
17 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok