Isu video lama tular, JPN jelaskan kahwin sivil bukan ritual agama

October 18, 2026 · Isu semasa

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan upacara perkahwinan sivil bagi pasangan bukan Islam yang dilaksanakan oleh pegawai diberi kuasa tidak boleh disamakan dengan ritual keagamaan.

JPN menjelaskan, pelaksanaan upacara berkenaan merupakan tanggungjawab yang ditetapkan mengikut undang-undang negara dan bukannya mengambil alih peranan pemimpin agama.

Menurut kenyataan JPN pada Ahad, perkara itu diperuntukkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 yang memberikan kuasa kepada Pendaftar Perkahwinan dan Penolong Pendaftar Perkahwinan yang dilantik untuk mengupacarakan serta mendaftarkan perkahwinan sivil.

“Justeru, pengupacaraan perkahwinan sivil oleh pihak yang diberi kuasa di bawah Akta 164 tidak boleh disamakan dengan pelaksanaan ritual keagamaan sesuatu agama.

“Fungsi tersebut merupakan tanggungjawab yang dilaksanakan menurut undang-undang negara dan bukannya pengambilalihan peranan pemimpin agama,” menurut kenyataan itu.

Isu berkenaan mendapat perhatian selepas klip video lama Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, ketika mengupacarakan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam kembali tular di media sosial.

Video berkenaan sebenarnya merupakan sebahagian daripada pengisian Majlis Sambutan Jubli Intan JPN sempena Hari Pendaftaran Negara 2023.

JPN menjelaskan, perkahwinan sivil boleh dilaksanakan di pejabat jabatan itu atau di rumah ibadat dan persatuan melalui Penolong Pendaftar Perkahwinan yang diberi kuasa, tertakluk kepada syarat serta prosedur undang-undang berkuat kuasa.

Pada masa sama, jabatan itu mengingatkan masyarakat supaya memahami fakta dan peruntukan undang-undang sebelum membuat sebarang tafsiran atau menyebarkan maklumat, terutama perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

Menurut JPN, setiap agama mempunyai upacara, adat dan amalan perkahwinan tersendiri, termasuk Buddha, Kristian dan Hindu. Pelaksanaan ritual keagamaan kekal sebagai urusan penganut serta pemimpin agama masing-masing.

Sebaliknya, perkahwinan pasangan bukan Islam yang tertakluk kepada Akta 164 perlu dilaksanakan dan didaftarkan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan status perkahwinan mereka diiktiraf secara sah.

JPN turut menegaskan kerajaan menghormati kebebasan beragama serta kepelbagaian adat dan budaya masyarakat Malaysia.

“Pematuhan kepada undang-undang perkahwinan sivil adalah penting bagi memastikan hak dan kepentingan pasangan, anak-anak serta institusi keluarga terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Jabatan berkenaan menyeru semua pihak supaya tidak menjadikan perbezaan antara urusan sivil dengan amalan keagamaan sebagai asas menyebarkan dakwaan tidak tepat atau mengelirukan masyarakat.

JPN berkata pihaknya akan terus memastikan urusan perkahwinan sivil dilaksanakan secara teratur, profesional dan berlandaskan undang-undang, sambil menghormati kepelbagaian agama, adat serta budaya di negara ini.

Berita berkaitan
Parlimen: NSRC selamatkan jutaan ringgit wang mangsa scam
22 jam lalu· Isu semasa
PN akan rayu pembatalan pendaftaran kepada KDN: Takiyuddin
October 20, 2026· Politik
RoS batalkan pendaftaran PN, PAS perlu jawab kemelut dalaman gabungan
October 20, 2026· Politik
Penjara teliti syarat tahanan rumah Najib: Saifuddin Nasution
October 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
14 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
15 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
17 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok