Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong.
Presiden MCA, Dr. Wee Ka Siong, enggan mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berhubung laporan pertemuan tidak rasmi antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN).
Ka Siong menegaskan isu berhubung pertemuan MCA dengan PN sepatutnya ditujukan kepada Mohamed Azmin yang pertama kali membuat kenyataan berkenaan, dan menambah beliau sendiri tidak mempedulikan perkara itu.
“Anda tanyalah beliau. Kenapa tanya saya? Saya pun tidak mahu ambil kira beliau jumpa siapa,” katanya dipetik laporan media.
Isu ini tercetus selepas laporan media yang mendakwa Azmin mengakui pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan tidak rasmi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN), iaitu MCA dan MIC, berkenaan kemungkinan penyertaan mereka dalam PN.
Azmin menyifatkan memuji pertemuan tersebut sebagai “satu permulaan yang baik”.
Ditanya pula mengenai kedudukan MCA dalam BN, Ka Siong berkata beliau belum bersedia untuk membincangkan perkara itu secara terbuka.
Beliau berjanji akan memberikan penjelasan pada masa hadapan apabila sudah bersedia.
“Biarlah. Saya aturkan nanti. Bila saya bersedia, saya akan panggil semua,” katanya.
Kenyataan beliau ini mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan MCA dalam blok BN yang telah lama wujud, serta spekulasi mengenai kemungkinan peralihan ahli politik dalam landskap yang sentiasa berubah.
GPS umum 82 calon, 11 muka baharu pada PRN Sarawak
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke
PRN Sarawak: 7,500 anggota polis siap siaga
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib