Usaha Malaysia mulakan dialog dengan pihak bertelagah di Myanmar dipuji

May 25, 2025 · Isu semasa

Peranan Malaysia dalam mencari jalan penyelesaian di negara konflik, Myanmar mendapat pujian dan perlu diteruskan agar tidak terhenti setengah jalan.

Langkah memulakan dialog dengan pihak yang bertelagah di Myanmar yang dipelopori Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Asean 2025 perlu dihargai dan ia sebagai satu isyarat yang baik ke arah menjadikan suasana politik rantau Asia terhindar daripada sebarang konflik yang serius.

Rakan Pengurusan Counter Risk Consultancy Malaysia Sdn Bhd, Peter Nicoll berkata Perdana Menteri telah memulakan dialog berasingan dengan kedua-dua junta tentera dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) yang menonjolkan “langkah ke arah penglibatan yang mungkin lebih proaktif untuk menyelesaikan konflik.”

“Selain itu, Asean merancang untuk mendedikasikan mesyuarat akan datang semata-mata kepada konflik Myanmar itu sendiri, bagaikan cuba menghidupkan semula proses damai yang terhenti,” katanya dalam program bual bicara khas mengenai Asean yang disiarkan melalui Bernama TV, dihoskan oleh Jessy Chahal.

Nicoll berkata perkara ini terbukti pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di ibu negara apabila mesyuarat berasingan telah diadakan semalam antara pegawai kanan Myanmar dan tiga negara – Laos, tuan rumah sebelumnya bagi Asean; Malaysia, tuan rumah semasa; dan Filipina, tahun depan.

“Jadi sementara pendekatan awal Asean belum lagi membuahkan hasil yang diinginkan, inisiatif baru-baru ini mungkin menandakan kesediaan untuk menggunakan strategi yang lebih tegas dan inklusif untuk menangani krisis di Myanmar,” katanya.

Sementara itu, Profesor Madya di Pusat Pengajian Politik di University of Nottingham Malaysia, Dr Benjamin Robin Barton berkata sikap pesimis berhubung Myanmar adalah wajar.

Beliau berkata ini kerana sehingga kini, tidak ada satu kejayaan dan merupakan situasi yang sangat kompleks memandangkan terdapat junta dan kumpulan lain yang tidak bercakap antara satu sama lain dengan suara yang sama.

Katanya, “Keterangkuman dan Kemampanan” yang menjadi tema Kepengerusian ASEAN Malaysia yang menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-46, menampilkan peluang dan juga cabaran dalam konteks krisis politik yang sedang berlarutan di Myanmar.

“Ia adalah langkah yang sangat penting oleh Malaysia (untuk memulakan rundingan dengan pihak tidak sefahaman) dan juga waktu yang sesuai kerana Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak Asean ketika ini,” katanya.

Barton berkata dari satu segi pengecualian Myanmar daripada mesyuarat peringkat tinggi mungkin kelihatan bercanggah dengan keterangkuman, namun intepretasi lebih dalam menunjukkan bahawa langkah itu bukan hanya mengenai pengecualian, tapi ia menyentuh langkah menjunjung kredibiliti kolektif Asean dan tanggungjawab etika.

“Dengan menafikan kesahihan politik junta tentera sementara masih membenarkan perwakilan politik, Asean cuba mengimbangi penglibatan dengan prinsip,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
11 jam lalu· Politik
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
17 jam lalu· Isu semasa
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
21 jam lalu· Politik
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
June 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
15 jam lalu · Isu semasa
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
15 jam lalu · Isu semasa
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
17 jam lalu · Isu semasa
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
18 jam lalu · Isu semasa
Ancaman dadah sintetik kian meruncing, fentanyl juga dikesan dalam vape
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok