Satu lagi rakaman video rasuah RM1.78 juta kepada Kitingan didedah: Laporan

September 24, 2025 · Politik

Ahli perniagaan Albert Tei sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan dengan mengeluarkan rakaman video yang mendakwa menunjukkan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr Jeffrey Kitingan, menerima bayaran berjumlah RM1.78 juta berkaitan dengan lesen perlombongan.

Dalam rakaman yang didakwa direkod di sebuah restoran makanan laut di ibu negara, Tei didengar memberitahu Kitingan untuk memberi wang habuan secara tunai kepadanya.

“Datuk, itu RM1.6 juta saya bagi Datuk itu, itu cash, no problem, Datuk,” menurut laporan Malaysiakini yang mendedahkan rakaman tersebut.

Tei juga memaklumkan jumlah sebenar yang didakwa diberikan ialah RM1.78 juta, lebih tinggi daripada angka disebut dalam video.

Rakaman tersebut memaparkan perbualan mereka mengenai pembatalan lesen penerokaan perlombongan dengan Tei dilihat memberitahu Kitingan tentang risiko jika disaman oleh rakan perniagaannya.

“Ini RM7 juta siapa mau tanggung? Kalau partner saman saya, saya mati Datuk.”

Kitingan kedengaran menjawab, “Hmm, ini mau ada timing juga ini,” sebelum rakaman berakhir.

Tei juga mendakwa membuat bayaran kepada timbalan Kitingan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Ellron Alfred Angin, sebanyak lebih RM550,000, dan RM300,000 kepada ADUN Bingkor, Robert Tawik.

Menurut Tei, kesemua transaksi ini berkaitan dengan sokongan untuk lesen-lesen perlombongan.

“Saya sudah support Datuk. Saya sudah serah bagi Datuk RM1.6 juta saya sudah bagi. Itu tak apa Datuk. Saya dengan Datuk OK,” kata Tei dalam rakaman itu.

Sepanjang perbualan, Kitingan tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan transaksi tersebut.

Dalam reaksi awal pada Jun lalu, Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Anuar Ghani Gilong, menyifatkan dakwaan terhadap Kitingan sebagai “sama sekali tidak berasas” dan merupakan satu langkah politik untuk menggugat kerajaan Sabah.

Tei, yang sebelum ini mendedahkan beberapa rakaman lain berkaitan isu lesen perlombongan, menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan pihak berkuasa.

Malah, Tei juga antara individu yang telah didakwa dalam kes rasuah lesen perlombongan berkenaan.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
2 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
5 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
5 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok