Kementerian Komunikasi bersama MOF, KPDN pastikan maklumat BUDI95 jelas dan tepat

September 25, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memastikan maklumat mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) disampaikan dengan tepat kepada orang ramai, terutamanya di stesen-stesen minyak.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih berkenaan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter yang berkuat kuasa pada 30 September ini.

“Saya juga telah minta supaya pihak MOF menjemput sekiranya ada TikTokers, laman-laman sesawang, pempengaruh dan sebagainya, yang mungkin ingin tahu maklumat yang lebih tepat, ke satu sesi penerangan.

“Ini termasuklah rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, supaya semua pihak faham,” jelas Fahmi selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.

Beliau menambah, usaha menyebarkan maklumat tepat ini akan dilaksanakan secara menyeluruh melalui media massa dan media sosial.

“Kita memastikan maklumat yang tepat mengenai isu-isu yang dibangkitkan sampai kepada khalayak umum. Jadi, ini antara yang diusahakan oleh Kementerian Komunikasi,” katanya lagi.

Selain itu, Fahmi meminta semua agensi di bawah kementeriannya, termasuk Jabatan Penerangan, J-KOM, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), untuk mendalami Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan oleh MOF.

Tujuannya adalah bagi memastikan penerangan yang konsisten dan tepat dapat diberikan kepada orang ramai di mana-mana sahaja, termasuk di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

“Saya minta pasukan MCMC maklumkan kepada semua pengurus NADI untuk baca dan teliti FAQ tersebut.

“Supaya sesiapa yang bertanya, boleh dengan mudah kita jawab kerana yang diusahakan oleh kerajaan ini adalah untuk memastikan yang menerima manfaat ini hanyalah rakyat Malaysia,” ujarnya.

Inisiatif BUDI95 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Isnin lepas, menawarkan harga subsidi RON95 kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu sah.

Semakan kelayakan boleh dibuat bermula hari ini melalui portal rasmi www.budi95.gov.my.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
18 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
24 jam lalu· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
1 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
3 jam lalu · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
3 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
23 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok