Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh.
Khidmat Mohamed Azmin Ali masih diperlukan untuk terus memimpin blok pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh, menegaskan kesemua 21 ADUN PN memberikan sokongan teguh kepada Setiausaha Agung Bersatu itu untuk terus menjadi Ketua Pembangkang dan menolak desas-desus peletakan jawatan yang tular dalam media sosial semalam.
“Saya ingin menegaskan, perkara itu hanya desas-desus yang tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi,” jelasnya yang juga Ketua Penerangan Srikandi Bersatu.
Beliau menambah, Azmin akan terus memainkan peranan penting sebagai suara semak dan imbang yang efektif demi kepentingan rakyat Selangor.
Menurutnya, sebarang pertukaran jawatan Ketua Pembangkang hanya boleh berlaku dengan kenyataan rasmi daripada kepimpinan PN dan diterima oleh Speaker DUN, selaras dengan ketetapan dan amalan dewan.
Sementara itu, ADUN Sementa dari PAS, Noor Najhan Mohamad Salleh, turut mengesahkan isu tersebut tidak menimbulkan sebarang kekecohan dalam kalangan ADUN PN.
“Kami memang menyokong (Azmin) kerana pada kami tiada isu pun.
“Cuma pendirian ADUN PAS pula adalah bertenang sehingga ia dikeluarkan sendiri daripada Azmin sendiri. Kami pun tidak mendengar daripada beliau sendiri,” ujarnya ketika dihubungi.
Penegasan daripada kedua-dua ADUN ini secara tidak langsung menolak laporan akhbar yang tersebar sejak semalam.
Azmin juga sendiri telah menafikan hasrat untuk meletakkan jawatan, menyatakan kesetiaannya untuk terus bekerjasama dengan kesemua 21 ADUN PN bagi memperjuangkan kepentingan rakyat Selangor.
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum