Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berucap semasa Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi di Sandakan.
Pelaksanaan penetapan harga runcit RON95 diturunkan RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia merupakan bukti nyata hasil daripada pentadbiran yang baik dan komitmen kerajaan membasmi amalan ketirisan kewangan.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata langkah menurunkan harga minyak tersebut sebahagian daripada memenuhi janji lama untuk meringankan beban rakyat dan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) itu boleh direalisasikan berikutan tekad kerajaan untuk memastikan negara ditadbir dengan penuh ketelusan dan mengamalkan pengurusan kewangan yang mampan.
“Ini janji kita sejak dahulu tetapi kita ambil masa kerana negara menghadapi beban hutang yang banyak, rasuah yang berleluasa, serta ketirisan dan kehilangan wang yang terlalu besar,” kata Anwar ketika berucap pada Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi di Tawau malam tadi.
“Oleh itu, saya bersama rakan-rakan dalam Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk membersihkan keadaan ini. Negara kita sebenarnya boleh menjadi kaya, tetapi hanya dengan sikap kepimpinan yang bersih dan jujur,” tambahnya lagi.
Anwar turut menekankan langkah tersebut merupakan satu langkah berani kerana tiada negara lain, termasuk negara pengeluar minyak utama, menurunkan harga petrol untuk rakyat mereka.
“Arab Saudi, antara pengeluar petrol terbesar dunia, harganya RM2.60 seliter, tetapi kita tetapkan RM1.99 seliter untuk warganegara.
“Harga untuk warga asing ialah RM2.60. Ini adalah usaha terbaik yang kita boleh lakukan untuk rakyat keseluruhan,” ujarnya lagi.
Melalui program BUDI95, kerajaan dijangka menjimatkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.
Penjimatan ini akan disalurkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan lain.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberikan gambaran masa depan dengan menyatakan Belanjawan 2026 akan menggariskan lebih banyak bantuan dan inisiatif untuk dinikmati oleh rakyat.
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan