Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, berhubung notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap kenyataannya mengenai inkues kematian mendiang Zara Qairina Mahathir.
Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan notis berkenaan telah disampaikan kepada Shafie pada minggu lepas.
“Hingga hari ini, saya belum menerima sebarang maklum balas daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu,” katanya dipetik laporan media.
Menurut Mohd Dusuki, AGC akan memberikan ruang dan masa untuk Shafie memberikan penjelasannya sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan susulan.
“Bagi sebarang tindakan susulan, kita tunggu dulu maklum balas atau penjelasan daripadanya kerana beliau ada memaklumkan akan menjawab notis berkenaan. Oleh itu, kita tunggulah kerana ruang masa masih ada,” jelasnya.
Beliau turut menafikan terdapat tekanan masa yang ketat dalam isu ini.
“Untuk isu ini, kita tiada had masa dan bukannya jika beliau gagal jawab atau memberi penjelasan, akan terus dikenakan hukuman,” tambahnya.
Notis tunjuk sebab itu dikeluarkan oleh Mahkamah Koroner terhadap Shafie ekoran kenyataannya yang didakwa menghina prosiding inkues kematian Zara Qairina.
Kelulusan untuk mengeluarkan notis tersebut telah diberikan oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan pada 22 September lepas, berikutan permohonan oleh peguam, Ram Singh yang turut disokong oleh semua pihak yang terlibat dalam prosiding itu.
Isu ini tercetus ekoran kenyataan Shafie dalam rakaman video yang tular di media sosial yang mendakwa kematian Zara Qairina sebagai satu kes pembunuhan.
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi