Bank Negara Malaysia.
Kadar inflasi negara menunjukkan peningkatan pada bulan Ogos, dengan inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing meningkat kepada tiga peratus dan dua peratus.
Angka ini menunjukkan lonjakan berbanding bulan Julai yang mencatatkan 1.2 peratus dan 1.8 peratus.
Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan peningkatan inflasi teras didorong terutamanya oleh kenaikan harga dalam perkhidmatan penstriman, bekalan air, serta barangan kemas dan jam tangan.
Beberapa barangan bukan teras seperti ikan segar turut mencatatkan kenaikan harga. Bagaimanapun, terdapat juga penurunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) untuk elektrik.
“Penurunan IHP elektrik mencerminkan kesan berterusan daripada penstrukturan semula tarif yang dilaksanakan pada bulan Julai,” kata BNM.
Sementara itu, sektor perkilangan terus menunjukkan prestasi kukuh dengan Indeks Pengeluaran Perindustrian berkembang pada kadar 4.4 peratus pada bulan Julai berbanding 3.6 peratus pada bulan sebelumnya.
Kelompok berorientasikan eksport berkembang sebanyak satu peratus, disokong oleh peningkatan pengeluaran dalam subsektor elektrik dan elektronik (E&E), serta jentera dan peralatan.
Dalam perkembangan lain, pasaran kewangan domestik dipengaruhi oleh jangkaan pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat.
Jangkaan ini turut menyaksikan ringgit mengukuh sebanyak 9 peratus berbanding dolar AS, selari dengan prestasi mata wang serantau yang lain.
BNM turut menyatakan wujudnya aliran masuk modal bukan pemastautin yang lebih tinggi ke dalam pasaran bon domestik.
Indeks pasaran saham tempatan, FBM KLCI, juga mencatat prestasi memberangsangkan dengan meningkat 4.1 peratus, mengatasi purata kenaikan serantau, didorong oleh keuntungan korporat yang kukuh.
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan