Gempa bumi berukuran 6.9 skala Richter berhampiran Bogo, di hujung Pulau Cebu.
Angka kematian akibat gempa bumi kuat di tengah Filipina tmeningkat kepada 69 orang, lapor pihak berkuasa pada Rabu.
Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan di kawasan terjejas, dengan dikhuatiri jumlah korban mungkin terus meningkat.
Gempa bumi berukuran 6.9 skala Richter itu berlaku pada jam 9.59 malam waktu tempatan di lepas pantai berhampiran Bogo, di hujung Pulau Cebu.
Ribuan penduduk merasai gegaran kuat yang turut mengakibatkan kehancuran bangunan dan infrastruktur.
Keadaan di hospital-hospital sekitar dilaporkan huru-hara dan sesak dengan mangsa yang cedera.
Seorang pegawai pertahanan awam, Raffy Alejandro, mengesahkan operasi menyelamat masih berterusan.
“Jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan di lokasi terjejas,” katanya.
Rakaman video dari media sosial memaparkan detik-detik cemas apabila jambatan di Cebu bergoyang dengan kuat, memaksa beberapa penunggang motosikal berpaut pada pagar penghadang bagi menyelamatkan diri.
Selain itu, kira-kira 22 struktur dilaporkan musnah atau rosak teruk, manakala beberapa jalan raya merekah.
Bagi menampung jumlah mangsa yang ramai, khemah sementara terpaksa didirikan di luar Hospital Wilayah Cebu.
Ratusan gegaran susulan yang direkodkan sepanjang malam menambah rasa bimbang penduduk setempat yang masih trauma dengan insiden tersebut.
Keadaan di kawasan terjejas kini sedang dipantau rapi bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.
MP Bukit Bendera gesa perkukuh undang-undang jenayah penderaan kanak-kanak
Kerangka baharu perangi berita palsu, tingkatkan celik media sedang dibangunkan
Mesyuarat dua hala Anwar dengan PM China bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau
Perjanjian dimerterai semasa sidang ASEAN bukan sekadar atas kertas: PMX
MCMC jumpa pengendali media sosial minggu depan bincang kaedah pengesahan identiti
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa