GRS tak terkesan dengan keputusan parti komponen keluar gabungan: Hajiji

October 4, 2025 · Politik

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus teguh dan tidak terjejas dengan keputusan beberapa parti komponennya untuk meninggalkan gabungan itu dan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Keyakinan ini dinyatakan oleh Pengerusi GRS, Hajiji Noor, yang menegaskan pendirian terbuka gabungan itu yang tidak pernah memaksa mana-mana parti komponen untuk kekal, malah menghormati sebarang keputusan mereka untuk bertanding secara berasingan berdasarkan pertimbangan parti masing-masing.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah juga menyatakan keyakinan penuh terhadap kekuatan GRS yang disandarkan berasaskan kerjasama erat komponennya dan sokongan kukuh rakyat.

“Insya-Allah kita akan menang pada pilihan raya nanti. Kita bersama rakan-rakan komponen lain terutama sekali Parti Bersatu Sabah (PBS) masih kukuh dan Insya-Allah GRS terus kekal sebagai gabungan yang kuat dan mantap di Sabah,” ujar Hajiji ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan di Kampung Taka, Pitas.

Beliau turut menekankan perjuangan GRS masih belum selesai.

“Kita mahu teruskan perjuangan ini kerana kita baru separuh jalan,” katanya merujuk kepada kejayaan pelaksanaan agenda pembangunan di bawah dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hajiji berkata, mandat yang diberikan rakyat sejak tahun 2020 telah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan sindiran, kepimpinan kerajaan tetap teguh melaksanakan amanah rakyat. SMJ bukan sekadar slogan, ia satu pelan bertindak yang telah menampakkan hasil,” tegasnya.

Keputusan terkini menyaksikan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada komponen GRS untuk bertanding menggunakan lambang sendiri pada PRN Sabah, ekoran tidak mahu terikat dengan agihan kerusi yang sedang dirundingkan antara GRS dan Pakatan Harapan.

Berita berkaitan
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
2 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
7 jam lalu· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
7 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
3 jam lalu · Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026 · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026 · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
October 23, 2026 · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok