Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Situasi tenang di beberapa lokasi tumpuan utama di bandar raya ini meskipun spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hangat diperkatakan.
Di Istana Seri Kinabalu, mendapati kenderaan membawa Ketua Menteri Hajiji Noor masuk pada jam 8.51 pagi, lapor Bernama.
Kenderaan membawa Yang di-Pertua Negeri Sabah Musa Aman pula masuk pada 9.20 pagi.
Beberapa petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan.
Sementara itu di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran negeri Sabah, petugas media turut berkumpul seawal 9 pagi bagi melakukan persediaan pengumuman pembubaran DUN.
Situasi di Menara Kinabalu juga tenang dengan aktiviti berjalan seperti biasa, namun difahamkan satu majlis bersama pemimpin negeri akan diadakan di menara itu hari ini.
Setakat berita ini ditulis masih tiada pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN atau jemputan menghadiri sidang media perkara itu. – Bernama
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan