Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
PAS menegaskan amaran keras Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, adalah tidak memadai bagi menangani kontroversi hidangan arak semasa majlis kerajaan baru-baru ini.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, mendakwa isu asas seperti ini tidak mungkin terlepas pandang oleh para pegawai kementerian, justeru menyimpulkan ia dilakukan dengan sengaja dan menggesa langkah lebih tegas perlu diambil bagi menunjukkan keseriusan kerajaan.
“Justeru, memberi amaran keras tidaklah cukup untuk menunjukkan kerajaan serius. Menteri sebegini wajib dipecat,” tegas Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam satu kenyataan.
“Tapi kita semua tahu Perdana Menteri tidak akan melakukan demikian,” tambahnya.
Fadhli seterusnya merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memperkukuh hujahnya dengan mengatakan kuasa mutlak untuk melantik dan memecat menteri terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.
“Perkara 43(5) dan 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas dinyatakan bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan Menteri ialah di bawah Perdana Menteri, di mana beliaulah satu-satunya individu di Malaysia ini yang boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya lagi.
Kenyataan ini secara langsung mencabar kepimpinan Anwar untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit berbanding sekadar memberi amaran, sambil mendakwa isu pemberian arak itu adalah satu kesengajaan yang tidak boleh dimaafkan.
Isu ini tercetus ekoran tularnya gambar yang memaparkan minuman keras dihidangkan pada majlis makan malam sempena program Global Travel Meet yang dihadiri oleh King Sing.
Beberapa gambar lain turut menunjukkan menteri berkenaan serta beberapa tetamu yang hadir memegang gelas berisi wain dan bir.
Dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan sebarang bentuk penghidangan arak dalam sebarang acara rasmi kerajaan.
KJ kritik pembangkang paling tak berguna selepas PN diketuai PAS
Ramanan nafi dakwaan ada kaitan dengan isu RM9.5 juta didedah Victor Chin
Mahkamah arah Rafizi fail pembelaan kes saman Caprice sebelum 9 April
PKR sedia bekerjasama berhubung siasatan dakwaan isu RM10 juta
Pemimpin lama PKR bidas Rafizi gagal laksana janji
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan