Pemimpin lama PKR bidas Rafizi gagal laksana janji

March 23, 2026 · Politik

Salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong melancarkan kritikan terbuka terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan mendakwa bekas Menteri Ekonomi itu sebagai antara menteri yang gagal memenuhi harapan rakyat sepanjang berada dalam kerajaan.

Menurut Lum Yong, sepanjang tempoh hampir tiga tahun sejak dilantik pada Disember 2022 hingga meletakkan jawatan pada Jun 2025, Rafizi didakwa tidak berjaya menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) serta gagal membawa perubahan ekonomi yang ketara.

“Formula beliau hanya sekadar sembang dan cakap besar. Apa yang dijanjikan tidak ditunaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lum Yong turut mendakwa prestasi Rafizi lebih bersifat retorik berbanding pelaksanaan sebenar dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, beberapa idea dan formula ekonomi yang pernah diumumkan juga tidak dilaksanakan sepenuhnya, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan beliau sebagai menteri.

Pada masa sama, beliau menyentuh mengenai kritikan terbuka Rafizi terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang menurutnya tidak dibalas secara terbuka oleh presiden parti itu.

“Apabila sokongan tidak lagi memihak kepadanya, beliau semakin lantang bersuara, sedangkan Perdana Menteri memilih untuk tidak memberi reaksi,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan kelayakan Rafizi untuk terus memainkan peranan dalam politik negara, dengan mendakwa Ahli Parlimen itu tidak menunjukkan ciri kepimpinan yang kukuh.

“Beliau tidak layak menjadi pemimpin yang setia kepada rakyat dan dilihat lebih mementingkan kepentingan sendiri,” katanya lagi.

Kritikan terhadap Rafizi bukan kali pertama dilontarkan.

Sebelum ini, aktivis politik Faizan Mohd Nor turut menyifatkan beliau sebagai hipokrit susulan kenyataan yang dibuat terhadap beberapa syarikat korporat.

Faizan mendakwa, sepanjang tempoh Rafizi memegang portfolio ekonomi, syarikat-syarikat yang kini dikritiknya itu sebenarnya terus menerima kontrak baharu atau sambungan kontrak jangka panjang.

Untuk rekod, Rafizi Ramli sebelum ini dilihat sebagai antara tokoh utama dalam PKR yang sering membawa naratif reformasi ekonomi dan ketelusan tadbir urus.

Namun, perkembangan terkini menunjukkan beliau kini berdepan tekanan dan kritikan terbuka, termasuk daripada tokoh dalam parti sendiri.

Berita berkaitan
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu· Politik
PKR sahkan bertanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor
June 14, 2026· Politik
UMNO nafi dakwaan jadi punca kerajaan Negeri Sembilan tidak stabil: Asyraf Wajdi
June 14, 2026· Politik
Wong Chen belum buat keputusan tinggalkan PKR
June 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
1 jam lalu · Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok