Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan 23 sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyumbangkan telefon bimbit baharu kepada mereka.
Sumbangan ini bertujuan memudahkan urusan komunikasi mereka sekembalinya ke tanah air selepas insiden ditahan tentera regim semasa pelayaran.
Menurut Fahmi, pemberian ini sebagai tanda penghargaan kerajaan di atas semangat dan keberanian para sukarelawan yang mewakili rakyat Malaysia.
“Usaha dan semangat para sukarelawan misi GSF amat dihargai kerajaan.
Sumbangan kecil ini diharap dapat memudahkan komunikasi dan urusan peribadi mereka, serta membantu mereka terus berkongsi pengalaman dan maklumat penting misi ini melalui saluran digital dengan lebih efisien,” katanya dipetik laporan media.
Sambutan meriah telah diberikan kepada 27 sukarelawan Malaysia, termasuk dari kapal pemerhati dan lima peguam, sekembalinya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Penerbangan Emirates EK342 yang membawa mereka mendarat pada pukul 10.07 malam.
Kumpulan sukarelawan ini ditahan oleh tentera Israel pada 2 Oktober lepas selepas kapal misi kemanusiaan mereka dipintas dalam perjalanan ke Gaza. Mereka kemudian dibebaskan secara berperingkat mulai 4 Oktober lalu.
Menurut prosedur operasi standard (SOP) keselamatan misi, telefon bimbit asal sukarelawan terpaksa dibuang ke laut bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.
Mengenangkan janjinya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga mengumumkan Jumaat lepas kerajaan akan menggantikan semua telefon bimbit yang terpaksa dilupuskan oleh para sukarelawan itu.
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib