Reman pelajar suspek tikam hingga mati disambung seminggu lagi

October 21, 2025 · Isu semasa

Remaja lelaki berusia 14 tahun yang merupakan suspek utama dalam insiden tikam seorang pelajar perempuan sehingga mati di sebuah sekolah di Bandar Utama akan ditahan selama tujuh hari lagi bermula esok.

Perintah sambungan reman sehingga 28 Oktober itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini, sejurus tamat tempoh reman pertama suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat, mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan.

“Suspek (pelajar lelaki) disambung reman selama tujuh hari hingga 28 Okt,” jelas beliau.

Beliau turut memaklumkan kertas siasatan kes tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok untuk mendapatkan arahan lanjut dan penilaian pendakwaan.

Menurut Shamsudin, pihak polis telah giat menjalankan siasatan dan setakat ini telah merakamkan keterangan daripada 148 individu yang dikenal pasti boleh membantu siasatan.

Permohonan untuk menyambung tempoh tahanan reman itu telah dikemukakan berdasarkan keperluan siasatan yang masih berjalan.

Pada Rabu lalu, suspek mula-direman selama tujuh hari yang pertama oleh Mahkamah Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan dengan kes membunuh.

Tragedi hitam itu berlaku pada 14 Oktober lalu, apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut di dalam tandas sekolah mereka.

Mangsa dipercayai ditikam berulang kali oleh suspek, yang juga merupakan rakan sekelas mangsa.

Berita berkaitan
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
Guru cedera diserang pelajar di Kuching, polis tunggu siasatan lengkap
October 22, 2026· Isu semasa
DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan
October 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
17 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
18 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok