Banjir di tiga negeri masih kritikal, mangsa meningkat

October 25, 2025 · Isu semasa

Bilangan mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terus menunjukkan peningkatan membimbangkan, dengan jumlah keseluruhan seramai 5,806 orang setakat pagi ini, berbanding 4,743 orang semalam.

Di Perak, situasi banjir semakin buruk dengan jumlah mangsa di empat daerah yang terjejas meningkat kepada 2,922 orang.

“Satu lagi PPS telah dibuka, menjadikan keseluruhan 26 PPS kini beroperasi di negeri ini,” menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak.

Semua pusat pemindahan mencatatkan pertambahan bilangan mangsa.

Keadaan tidak kurang genting di Pulau Pinang, di mana jumlah mangsa banjir telah meningkat kepada 1,026 orang.

Sebanyak tujuh PPS telah dibuka di tiga daerah. Daerah Seberang Perai Utara (SPU) mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 778 orang yang ditempatkan di empat pusat pemindahan.

Nasib sama berlaku di Kedah, di mana jumlah mangsa banjir melonjak kepada 1,858 orang.

“Enam PPS baharu telah dibuka, menjadikan keseluruhan 14 PPS kini beroperasi,” menurut JPBN Kedah.

Daerah Kulim kekal sebagai kawasan paling teruk terjejas dengan 1,470 orang mangsa di lapan pusat pemindahan.

Banjir di Kedah turut mula melibatkan dua daerah baharu, iaitu Pokok Sena dan Baling.

“Sebanyak empat PPS dibuka di daerah Baling yang menempatkan 251 orang, manakala di Pokok Sena, satu PPS dibuka yang menempatkan 85 orang,” jelas kenyataan tersebut.

Keadaan sungai di beberapa kawasan juga membimbangkan.

Laman sesawang Public Infobanjir melaporkan empat sungai di Kedah telah melepasi paras bahaya, manakala dua lagi berada pada paras waspada.

Satu amaran banjir juga telah dikeluarkan untuk daerah Langkawi, yang dijangka menjejaskan kawasan rendah sekitar Sungai Melaka.

Dengan bilangan mangsa yang terus meningkat dan lebih banyak kawasan dijangka terjejas, pihak berkuasa terus meningkatkan usaha bantuan dan pemantauan bagi menangani situasi banjir yang semakin kritikal ini.

Berita berkaitan
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
6 jam lalu· Politik
MB Perlis tak tolak bubar DUN jika hilang sokongan wakil PAS
May 23, 2026· Politik
PAS pelawa ADUN Bersatu di Kedah yang dipecat masuk parti: Laporan
May 22, 2026· Politik
Anak bekas MB Perlis bebas kes tuntutan palsu
May 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
6 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
6 jam lalu · Isu semasa
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
7 jam lalu · Isu semasa
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
7 jam lalu · Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok