Pengundi baharu selepas Ogos tidak layak mengundi PRN Sabah: SPR

October 28, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan rakyat Sabah yang baru disahkan sebagai pengundi berdaftar selepas bulan Ogos lalu tidak layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Menurut Ketua Program Latihan (Akademi Pilihan Raya) SPR, Nik Aminudin Nik Shahar Shah, keputusan ini berasaskan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk pilihan raya tersebut, iaitu Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2025 yang telah dikemas kini sehingga 5 Oktober 2025.

“Ini bermakna hanya pemilih yang berdaftar sehingga Ogos lalu layak untuk mengundi.

“Mereka yang mencapai usia 18 tahun dan didaftarkan selepas itu, termasuk pada September dan Oktober, tidak layak kerana nama mereka tidak tersenarai dalam DPPR yang digunakan,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menjelaskan DPPR ini mengambil kira tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lalu, seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Hajiji Noor.

“Penjelasan ini penting bagi mengelak sebarang kekeliruan, terutamanya bagi pengundi yang baru mencapai usia majoriti tetapi tidak menemui nama dalam senarai,” tambahnya lagi.

Beliau juga menyentuh mengenai pemilih yang telah meninggal dunia.

“Jika ada pemilih berdaftar sehingga Ogos lalu yang meninggal dunia, nama mereka masih kekal dalam senarai DPPR kerana pembersihan nama hanya dilakukan selepas daftar sedia ada dikemas kini,” ujarnya.

Berdasarkan DPPR yang digunakan, seramai 1,784,843 pemilih akan membuang undi dalam PRN kali ini.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan lebih 100,000 pengundi berbanding PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.

Antara kerusi DUN yang mencatat jumlah pemilih tertinggi ialah Kapayan dengan 49,597 orang, diikuti Inanam (45,525) dan Karambunai (39,247).

Sebaliknya, Banggi merekodkan jumlah pemilih terendah, iaitu hanya 9,484 orang.

SPR akan mula menjual DPPR untuk rujukan umum mulai 1 November depan.

Berita berkaitan
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
11 jam lalu· Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
August 25, 2026· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
August 26, 2026 · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
5 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok