Wanita 53 tahun rugi hampir RM2 juta gara-gara skim pelaburan palsu

October 31, 2025 · Isu semasa

Seorang pegawai jualan mengalami kerugian mencecah hampir RM2 juta selepas diperdaya oleh sindiket pelaburan dalam talian yang menawarkan perkhidmatan pengurusan aset.

Mangsa, seorang wanita berusia 53 tahun, mula terjebak dalam skim ini pada pertengahan Ogos lalu setelah ternampak iklan pelaburan saham yang menjanjikan pulangan tinggi melalui Facebook.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata mangsa kemudian berhubung dengan seorang wanita melalui WhatsApp sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan bernama ‘Merill’.

“Mangsa telah dijanjikan pulangan keuntungan antara 150 hingga 200 peratus dalam tempoh hanya dua minggu.

“Tertarik dengan tawaran itu, beliau diminta memuat turun aplikasi bernama MML Max untuk mendaftar dan memulakan pelaburan,” jelas Azizee dalam kenyataannya.

Menurutnya, mangsa seterusnya melakukan sebanyak 35 transaksi pemindahan wang ke enam akaun bank berbeza milik syarikat terlibat, dengan jumlah kerugian keseluruhan RM1.974 juta antara 6 September dan 28 Oktober lalu.

Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan sebarang keuntungan daripada aplikasi berkenaan, malah diminta lagi membuat bayaran tambahan.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut,” tambah Azizee.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

Berita berkaitan
37 sesi libat urus dijalankan MCMC bagi perkukuh keselamatan dalam talian
3 jam lalu· Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
May 25, 2026· Isu semasa
MCMC arah turunkan lebih 271,000 kandungan scam dan judi online
May 24, 2026· Isu semasa
MCMC perkukuh kerjasama banteras scam dalam talian dengan GASA: Fahmi
May 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar
May 26, 2026 · Isu semasa
Polis belum ambil keterangan Na’imah, dua anak masih di luar negara
May 26, 2026 · Isu semasa
RON95 kekal termurah RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
BDR penjawat awam berjaya jimat lebih RM4 juta subsidi petrol
6 jam lalu · Isu semasa
Pelaksanaan pasport baharu ditunda: JIM
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok