DAP cadang PRU-16 dan PRN tiga negeri diadakan serentak

November 2, 2025 · Politik

DAP mencadangkan agar Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan secara serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Melaka dan Sarawak bagi menjimatkan kos pilihan raya.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, berkata pendekatan itu dapat mengurangkan perbelanjaan besar terutamanya untuk pilihan raya di Sarawak, namun menegaskan keputusan muktamad terletak di tangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Ini sudah tentu satu keputusan penting yang perlu dibuat oleh Perdana Menteri, dan saya akan memberikan pandangan parti kepada beliau.

“Kita cenderung supaya pilihan raya serentak ini diadakan,” jelasnya ketika berucap di Konvensyen DAP Johor 2025 hari ini.

Mengulas mengenai persiapan parti, Loke menegaskan Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan prinsip penyandang jawatan untuk bertanding semula.

Beliau juga menyatakan keyakinan tinggi terhadap prospek parti pada pilihan raya akan datang jika semangat ahli kekal utuh.

Mengenai Johor, Loke menyifatkan negeri itu sebagai ‘sangat unik’ memandangkan DAP bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan, tetapi berperanan sebagai pembangkang di peringkat negeri.

“Kerjasama atau ‘order’ ini akan berlarutan sehingga pilihan raya,” ujarnya.

Beliau turut menetapkan sasaran untuk Johor mengekalkan sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sekarang.

Selain itu, Loke menggesa ahli DAP Johor supaya bergerak membantu kempen DAP Sabah yang akan mengadakan PRN pada 29 November ini.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
6 jam lalu· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
8 jam lalu· Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
2 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
5 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
6 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
8 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok