Nga Kor Ming mohon maaf kepada wartawan selepas dikritik

November 2, 2025 · Politik

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, secara rasmi memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengamal media baru-baru ini.

Kor Ming berkata menerima dengan hati terbuka segala teguran yang diberikan berhubung kenyataannya di sebuah program prapelancaran projek pencahayaan ‘I Lite U’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini yang mendapat kritikan banyak pihak.

“Pada masa hari ini, sempena hari Ahad yang penuh permai ini, berkaitan dengan kekhilafan di Program Pencahayaan Bukit Bintang Kuala Lumpur, saya menerima dengan hati yang terbuka segala teguran.

“Sekiranya ada rakan-rakan media yang terkilan dengan kata-kata itu, saya tarik balik dan mohon maaf supaya kita dapat fokus kepada usaha membina semula tanah air kita yang tercinta ini,” katanyan pada sidang media sempena Majlis Perasmian Taman MADANI di Taman Book Bak, hari ini.

Beliau menegaskan amat menghormati pengamal media serta kebebasan bersuara mereka dalam menjalankan tugas.

“Saya mahu fokuskan kepada pembangunan negara. Itu penting,” tegasnya lagi.

Kejadian itu berlaku apabila video yang tular memaparkan Kor Ming menjawab pertanyaan seorang wartawan dengan nada yang dikatakan keras berhubung nama projek berkenaan.

Tindakannya itu sebelum ini telah menerima kritikan daripada beberapa pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).

Berita berkaitan
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
Akmal lelong motosikal, ikan tilapia bayar saman fitnah
October 21, 2026· Politik
Akmal tetap lawan, enggan berundur selepas kalah saman fitnah RM300 ribu
October 19, 2026· Politik
RM15.5 bilion wang diseleweng ‘geng sakau’ berjaya dipulihkan: Kor Ming
October 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
6 jam lalu · Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
7 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
7 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
7 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok