Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima sejumlah 1,417 aduan berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian yang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dari tahun 2020 sehingga 31 Oktober lalu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memaklumkan daripada jumlah tersebut, 61 kes telah didakwa di mahkamah manakala 40 kes lagi diselesaikan dengan kompaun berjumlah RM727,500.
“Sebanyak 167 kes telah dikeluarkan Notis Amaran dan baki 1,149 kes merangkumi kes yang masih dalam siasatan serta kes yang tidak diambil tindakan,” katanya.
Maklumat itu diberikan beliau melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini, sebagai respons kepada soalan daripada Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta statistik kes di bawah Seksyen 233 dari 2020 hingga 2025.
Seksyen 233 Akta 588 tersebut memperuntukkan hukuman terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan rangkaian, termasuk kegiatan menyebarkan maklumat palsu, kandungan tidak sopan, serta komunikasi berunsur ugutan.
Daripada perincian tahunan yang dikongsi, tahun 2024 mencatatkan 315 kes, manakala pada tahun 2023 sebanyak 155 kes direkodkan.
Statistik bagi tahun sebelumnya menunjukkan 157 kes (2022), 57 kes (2021), dan 188 kes (2020).
Bagi tahun ini, sehingga 31 Oktober, MCMC telah merekodkan 545 kes. Data ini menunjukkan kesinambungan usaha penguatkuasaan berterusan terhadap penyalahgunaan platform digital di negara ini.
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan