Rundingan 40 peratus hasil Sabah bermula Isnin ini, PMX gesa jangan politikkan

November 15, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim, mengumumkan rundingan teknikal rasmi bagi menyelesaikan tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah akan dimulakan secara rasmi pada hari Isnin ini di Kota Kinabalu.

Perdana Menteri menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak pernah merayu terhadap hak Sabah tersebut, sebaliknya hanya memohon semakan terhadap sebahagian alasan penghakiman yang boleh dianggap menghina pentadbiran terdahulu.

“Kita akan bincang isu-isu teknikal 40 peratus dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Bila? Hari Isnin, dua hari lagi,” kata Anwar semasa berucap di Program Temu Anwar Harapan Urang Muda Sabah hari ini.

Beliau turut menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini.

“Kita serius dalam hal ini. Saya nak tegaskan, selaku Perdana Menteri, kita tidak rayu kerana 40 peratus – itu hak Sabah.

“Apa lagi yang mahu dipolitikkan? Nak pilihan raya, silakan. Tapi jangan pusing fakta,” tegasnya.

Anwar menjelaskan rayuan yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak melibatkan hasil 40 peratus Sabah.

“Yang kita rayu bukan hak 40 peratus itu. Yang kita rayu hanyalah bahagian penghakiman yang menyatakan kerajaan-kerajaan sejak 1974 melanggar prinsip perlembagaan.

“Saya tak mahu jadi Perdana Menteri yang menghina Perdana Menteri dahulu,” ujarnya.

Mesyuarat teknikal itu akan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Johan Mahmood Merican, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Safar Untong, bagi membincangkan perkara-perkara teknikal tertunggak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Anwar menekankan komitmen kerajaannya untuk menyelesaikan isu ini secara adil dan tertib.

“Kita sudah jelaskan soal 40% itu hak Sabah dan kita tidak rayu. Fokus kita ialah selesaikan hak Sabah dengan penuh hormat terhadap sejarah,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar
2 jam lalu· Isu semasa
RON95 kekal termurah RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai: PMX
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
May 25, 2026· Isu semasa
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
May 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Kelantan teguh sokong Anwar, nafi ada pemimpin sertai parti Rafizi
2 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid mohon halang cabaran Badan Peguam ke Mahkamah Persekutuan
2 jam lalu · Politik
PAS didakwa dalang pecah belah Bersatu demi kuasai PN
7 jam lalu · Politik
AMK desak Rafizi jelaskan dakwaan dana RM8.6 juta ambil alih Parti Bersama
8 jam lalu · Politik
PAS didakwa guna Hamzah lemahkan Bersatu: Puad
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok