Pandikar Amin Mulia dan isterinya, Diana Diego bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencalonkan bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dan isterinya, Diana Diego dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terus menjadi bahan kontroversi, disusuli dengan gesaan seorang pemimpin parti komponen agar mereka “ditewaskan”.
Kontroversi tercetus apabila pesanan WhatsApp daripada Arsit Sedi dari Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) yang menyifatkan pasangan suami isteri itu sebagai “calon laki bini yang paling tamak” disebarkan secara meluas.
Pandikar membalas dengan mesej audio yang mengecam tindakan Arsit itu.
“Ini kumpulan WhatsApp GRS…Arsit, apa yang anda cakap itu kurang ajar,” tegas Pandikar, yang juga Presiden USNO, dalam rakaman tersebut.
Beliau seterusnya mencabar Arsit untuk berdepannya secara bersemuka.
“Kalau berani, kita jumpa pada 17 haribulan, (ketika) pelancaran manifesto. Jumpa saya dan cakap di depan (saya).”
Beliau mendakwa Arsit bertindak demikian kerana kecewa tidak dicalonkan.
Pandikar menegaskan pencalonannya dan isteri adalah keputusan muktamad pimpinan GRS.
“Isunya bukan saya memilih diri sendiri atau memilih Diana. Keputusan dibuat oleh pemimpin GRS. Setiap individu telah disaring dan ada peluang untuk menang,” jelas beliau bagi menjawab kritikan tersebut.
Beliau juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada pimpinan tertinggi Gagasan, termasuk Timbalan Presiden Masidi Manjun dan Presiden Hajiji Noor.
Manakala Arsit dilaporkan telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan dan enggan memberi komen.
Kontroversi ini mengundang risiko menjejaskan imej perpaduan GRS menjelang pelancaran manifesto rasmi gabungan itu.
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik