Calon DUN Karambunai, Dr Aliakbar Gulasan.
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Dr Aliakbar Gulasan, telah membuat laporan polis terhadap satu hantaran media sosial yang didakwa memfitnah beliau dengan menggunakan poster palsu.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Alam Mesra pada hari Rabu, menumpukan kepada pemilik akaun Facebook bernama ‘Romeo Ansow’.
Menurut Aliakbar, hantaran tersebut disiarkan dengan niat jahat dan bersifat fitnah, terutamanya ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sedang berlangsung.
Beliau berkata poster itu memaparkan kata-kata yang disandarkan kepadanya kononnya menyatakan hasrat menghapuskan arak di Karambunai dan seluruh Sabah.
“Untuk makluman, saya merupakan calon PN Karambunai. Hantaran ini seolah-olah dia buat sendiri poster dan tidak diambil dari mana-mana sumber.
“Jadi, ini adalah satu fitnah yang besar ketika kita sedang berkempen,” jelas Aliakbar dalam satu sidang akhbar selepas membuat laporan polis.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah turut mendedahkan pemilik akaun berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah parti politik lain.
“Berdasarkan susun atur hantarannya sebelum ini, dia merupakan sama ada penyokong atau pencadang kepada calon parti politik yang turut bertanding di Karambunai,” katanya.
Aliakbar turut menyatakan ini bukan kali pertama beliau menjadi mangsa fitnah oleh akaun yang sama.
“Saya dedahkan muka dia hari ini. Semasa saya menziarahi kematian seorang warga bukan Islam, dia telah memfitnah saya dengan pelbagai perkara. Saya anggap perkara ini mengganggu keharmonian rakyat Sabah,” ujarnya.
Beliau berkata sentiasa membawa politik damai serta menjunjung keharmonian dan kepelbagaian agama di Sabah.
Justeru, Aliakbar berharap tindakan sewajarnya akan diambil terhadap individu terbabit bagi mengelakkan berulangnya insiden tidak beretika seperti ini.
KJ kritik pembangkang paling tak berguna selepas PN diketuai PAS
MIC wajar kekal dalam BN daripada bersama PN diketuai PAS: Puad
PN tak rugi apa-apa jika MIC tarik diri: Tuan Ibrahim
Ramanan nafi dakwaan ada kaitan dengan isu RM9.5 juta didedah Victor Chin
MIC kekal dengan BN buat masa ini, enggan sertai PN diketuai PAS: Saravanan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan