Hilang simpanan pencen RM328,000 terpedaya sindiket ‘phone scam’

March 26, 2026 · Isu semasa

Seorang pesara berusia 64 tahun kerugian lebih RM328,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, dalam kejadian yang berlaku bulan lalu.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata, mangsa menerima panggilan melalui WhatsApp pada 4 Februari daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai polis dari Putrajaya.

Lelaki itu diberitahu kononnya terlibat dalam kes jenayah penipuan dan bakal ditahan.

Menurutnya, suspek menggunakan taktik ugutan bagi menakutkan mangsa sebelum mengarahkannya membuka dua akaun bank baharu atas alasan bagi tujuan pemantauan siasatan.

“Mangsa kemudian memasukkan wang simpanannya berjumlah RM128,208.88 dan RM200,242 ke dalam akaun tersebut serta menyerahkan maklumat perbankan kepada suspek,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat semakan pada 25 Mac dan mendapati kesemua wang dalam akaun berkenaan telah dipindahkan tanpa pengetahuannya.

Usaha untuk menghubungi semula individu terbabit gagal sebelum mangsa tampil membuat laporan polis.

Kes ini mencerminkan peningkatan taktik penipuan yang semakin licik, khususnya melibatkan penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sindiket ‘phone scam’ sering memperdaya mangsa dengan mendakwa mereka terlibat dalam jenayah seperti pengubahan wang haram atau penipuan, sekali gus menimbulkan panik.

Yahaya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan panggilan yang mendakwa mereka terlibat dalam kes jenayah, lebih-lebih lagi jika diminta membuka akaun bank baharu atau memindahkan wang.

“Orang ramai perlu membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak polis atau agensi berkaitan sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak berkuasa tidak akan meminta orang awam memindahkan wang atau memberikan maklumat perbankan bagi tujuan siasatan.

Berita berkaitan
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
17 jam lalu· Isu semasa
Parlimen: NSRC selamatkan jutaan ringgit wang mangsa scam
October 22, 2026· Isu semasa
MCMC siasat akaun FB Chegubard hina institusi diraja, telefon bimbit dirampas
October 21, 2026· Isu semasa
Shuhaily didakwa esok berhubung kes di KLIA: Laporan
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
October 23, 2026 · Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
October 23, 2026 · Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
13 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok