Isu MA63: Armizan persoal dakwaan kejayaan 17 tuntutan Warisan

November 24, 2025 · Politik

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Armizan Mohd Ali mendakwa tiada sebarang rekod menunjukkan Parti Warisan berjaya menyelesaikan 17 tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepanjang parti itu menerajui Kerajaan Negeri dari 2018 hingga 2020.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mempersoalkan kempen Warisan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mendakwa mereka berjaya menyelesaikan tuntutan dalam MA63 sebelum ini.

Berdasarkan pengalamannya mengetuai Urus Setia MA63 di Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Armizan menafikan kewujudan sebarang bukti dokumen yang menyokong pencapaian tersebut.

“Saya pernah bangkitkan persoalan ini kepada Warisan pada 2023 dan akhirnya respons adalah belum selesai, tetapi telah dipersetujui,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya menegaskan isu MA63 penting untuk Sabah dan tidak boleh ditunggang sebagai modal politik pada PRN ini,” tambahnya.

Armizan yang memimpin Urus Setia MA63 dari Disember 2022 hingga Disember 2023 itu berkata dalam tadbir urus kerajaan, frasa seperti ‘persetujuan secara prinsip’ tidak semestinya membawa maksud sesuatu perkara itu telah diluluskan sepenuhnya.

Beliau juga mempersoalkan senarai 17 perkara yang didakwa diselesaikan oleh Warisan itu.

“Saya tidak pasti apakah 17 perkara yang didakwa berjaya diselesaikan oleh Warisan itu dan menyerahkan kepada parti berkenaan untuk menjelaskannya,” ujarnya lagi.

Sebagai perbandingan, Armizan mendedahkandalam tempoh setahun memimpin urus setia berkenaan, terdapat lima perkara yang telah dibincangkan, dipersetujui dan dilaksanakan melalui pelbagai instrumen rasmi. P

ilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dijadualkan pada 29 November ini dengan pengundian awal pada 25 November.

Berita berkaitan
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
8 jam lalu· Politik
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
9 jam lalu· Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
11 jam lalu · Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
11 jam lalu · Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
11 jam lalu · Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
11 jam lalu · Politik
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok