Mahkamah benarkan permohonan reman enam hari Shamsul Iskandar dan Tei

November 29, 2025 · Politik

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan perintah reman enam hari terhadap ahli perniagaan Albert Tei dan bekas pegawai kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berhubung siasatan kes rasuah melibatkan lesen perlombongan di Sabah.

Kedua-dua mereka dibawa ke kompleks mahkamah dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Mereka tiba secara berasingan untuk prosiding permohonan reman tersebut.

Shamsul Iskandar, yang juga Ketua PKR Melaka, dilihat berdiam diri sepanjang perjalanan masuk ke mahkamah, sementara Tei dilihat beberapa kali melaung dan membuat kenyataan secara terbuka.

“Inilah akibat melawan pemimpin tertinggi. Siapa lagi berani mendedahkan salah laku pemimpin tertinggi. Memalukan negara ini,” luah Tei.

Menurut kenyataan SPRM, penahanan ketiga-tiga individu itu dibuat semalam.

Shamsul Iskandar dan seorang lagi individu, Sofia Rini Buyong, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas memberikan keterangan mereka.

Manakala Tei diberkas di kediamannya di Puchong.

Sofia, yang didakwa bertindak sebagai proksi, telah diberikan perintah reman empat hari semalam.

Siasatan sedang dijalankan secara telus bagi memastikan semua aspek kes ini disiasat sepenuhnya mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
17 jam lalu· Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026· Isu semasa
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
Kes Tabung Haji: Azeez, keluarga diminta isytihar harta kepada SPRM
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
1 jam lalu · Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
1 jam lalu · Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
1 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
4 jam lalu · Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok