PKR hanya memenangi satu kerusi pada PRN Sabah Ke-17.
PKR menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan hati terbuka dengan mengakui suara rakyat negeri itu sebagai satu isyarat penting dan peringatan yang perlu diinsafi untuk perjalanan politik parti tersebut.
Dalam kenyataan bersama, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution Ismail, bersetuju keputusan pilihan raya ini mencerminkan sentimen pengundi berkenaan isu tadbir urus, ketelusan dan kepimpinan di peringkat akar umbi.
Mereka mengakui keputusan PRN kali ini membawa mesej yang jelas mengenai betapa ketidaksepakatan dalaman bukan sahaja melemahkan kekuatan politik, malah mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan parti untuk menawarkan kepimpinan yang stabil dan bertanggungjawab.
“Saya selaku Timbalan Presiden mengambil tanggungjawab sepenuhnya secara kolektif sebagai sebuah pasukan atas keputusan ini,” jelas kenyataan tersebut.
Mereka berdua menekankan kesediaan untuk belajar daripada kekurangan dan kelemahan sepanjang kempen PRN Sabah.
“Bersama Saifuddin Nasution selaku Pengarah Pilihan Raya Bersama, kami sedar bahawa perjalanan panjang sebuah perjuangan bukan terletak pada kemenangan semata- mata, tetapi pada kesediaan untuk menginsafi kelemahan, memperbaikinya dan bangkit semula dengan lebih baik.”
Mengenai prestasi PKR yang hanya memenangi satu daripada 12 kerusi yang dipertandingkan, mereka melihatnya sebagai perkembangan positif yang menunjukkan benih keyakinan terhadap parti itu mula bercambah di Sabah.
“Sokongan jentera dan anggota juga semakin mengukuh; ia mungkin bukan kemenangan pada angka, tetapi ia adalah kemenangan pada tekad dan kesungguhan,” tegas kenyataan itu.
PKR turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera dan ahli parti yang telah berkorban masa dan tenaga sepanjang kempen.
Parti itu juga mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya, termasuk calon tunggal.
“Pikul amanah ini dengan kesungguhan dan berkhidmatlah dengan tekad yang jujur.”
PRN Sabah menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi, diikuti Warisan (25), Barisan Nasional (6) dan beberapa parti lain, manakala Pakatan Harapan hanya meraih satu kerusi.
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan