Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Sebanyak 19 perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya dipersetujui setakat ini, menurut Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 berkata, antara pencapaian utama ialah penyerahan kuasa pengurusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri.
“Walaupun diserah kuasa, kerajaan Persekutuan kekal komited menyokong Sabah dengan peruntukan subsidi elektrik berjumlah RM3.54 bilion sehingga tahun 2030,” jelas Fadillah semasa sesi dialog awam hari ini.
Bagaimanapun, beberapa isu lain masih dalam perundingan memandangkan ia melibatkan tafsiran undang-undang yang kompleks.
“Perkara ini bukan mudah untuk diselesaikan kerana ia adalah persoalan perundangan.
“Pandangan di peringkat negeri mungkin berbeza dengan pandangan di peringkat Persekutuan. Tapi, kebanyakan perkara sudah pun dapat diselesaikan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fadillah turut menyentuh mengenai fokus Malaysia dalam mengukuhkan kerjasama tenaga serantau semasa mempengerusikan ASEAN.
Inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) digerakkan bagi memastikan bekalan elektrik yang lebih stabil dan mampan.
“Sistem ini memberi fleksibiliti. Sebagai contoh, apabila Thailand kekurangan bekalan, negara lain boleh membekalkan. Ia meningkatkan keselamatan tenaga di peringkat rantau,” katanya.
Menurutnya, percubaan awal bagi projek itu kini telah berjalan melalui penyambungan grid melibatkan Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) yang menjadi asas kepada integrasi tenaga ASEAN pada masa hadapan.
Beliau menekankan langkah seterusnya adalah menghubungkan Pulau Borneo, yang kaya dengan potensi tenaga boleh baharu, ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Singapura melalui kabel dasar laut.
Katanya langkah selepas itu adalah menghubungkan tenaga boleh baharu di Pulau Borneo ke Filipina.
Anwar pertahan pendekatan diplomasi Malaysia dalam berdepan krisis Asia Barat
Kerajaan perkukuh usaha hadapi krisis tenaga, lindungi rakyat: Fahmi
Iran dakwa tembak jatuh pesawat tentera AS di Isfahan
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan