PRN Sarawak: PH mula teliti kesiapsiagaan jentera

November 12, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) mula menggerakkan jentera persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menerusi pengaktifan Majlis Setiausaha gabungan itu.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung petang tadi bagi meneliti perkembangan politik semasa serta persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan turut membincangkan perkembangan kempen PRN Melaka yang sedang berlangsung ketika ini.

“PH telah mengadakan mesyuarat Majlis Presiden pada petang tadi, yang mana pimpinan telah meneliti beberapa perkembangan termasuk di Melaka serta persiapan bagi menghadapi PRN Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Majlis Setiausaha PH juga telah diaktifkan untuk meneliti tahap persiapan bagi PRN Sarawak dan lain-lain persiapan,” katanya ketika ditemui semasa berkempen di Ayer Molek, hari ini.

Mengulas perkembangan kempen PH di Melaka, Fahmi berkata, maklum balas diterima berhubung calon-calon parti itu setakat ini menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, tiada sebarang insiden serius atau perkara tidak diingini dilaporkan melibatkan calon PH sepanjang tempoh kempen berlangsung.

“Dari segi persiapan dan maklum balas yang kita terima berkenaan calon-calon kita di PRN Melaka, setakat ini semua berjalan dengan baik.

“Belum ada apa-apa insiden yang terlalu merisaukan dan setakat ini tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kandungan yang dipercayai melanggar undang-undang sepanjang kempen PRN Melaka.

Pengaktifan Majlis Setiausaha PH dilihat sebagai langkah awal gabungan itu menyusun gerak kerja politik dan penyelarasan antara parti komponen menjelang PRN Sarawak, selain memberi tumpuan kepada baki kempen pilihan raya di Melaka.

Berita berkaitan
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
3 jam lalu· Isu semasa
PRN Sarawak: 7,500 anggota polis siap siaga
6 jam lalu· Politik
Dari permainan ke aplikasi sembang, bagaimana pemangsa memperdaya kanak-kanak
6 jam lalu· Rencana
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke
2 jam lalu · Politik
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
18 jam lalu · Politik
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
November 24, 2026 · Politik
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
November 24, 2026 · Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
16 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok