MCA perlu cermin diri, jangan persoal PAS: Annuar Musa

December 10, 2025 · Politik

MCA disaran melakukan perubahan terhadap diri sendiri sebelum mempersoalkan pendekatan PAS, kata Annuar Musa susulan pendirian parti itu yang menolak penyertaan dalam Perikatan Nasional (PN) selagi PAS tidak mengubah pendekatannya.

Menurut Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong menunjukkan parti berkenaan masih gagal memahami rakan politiknya walaupun telah puluhan tahun bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“MCA tak sertai PN kecuali PAS berubah? Nampaknya MCA memerlukan masa lebih lama setelah puluhan tahun gagal memahami UMNO dan Barisan Nasional yang mereka sertai,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mempersoalkan keupayaan MCA untuk melakukan perubahan dalaman apabila mendakwa parti itu juga gagal mempengaruhi UMNO sepanjang berada dalam gabungan sama.

“Mereka gagal mengubah UMNO? Atau sebenarnya MCA sendiri yang belum berkeupayaan mengubah diri mereka sendiri,” katanya lagi.

Annuar menegaskan masalah utama MCA bukan berpunca daripada masyarakat Cina, sebaliknya berpunca daripada kelemahan dalaman parti itu sendiri.

“Masalah MCA bukan masalah masyarakat Cina, tetapi masalah mereka sendiri. Mungkin setelah MCA berjaya membebaskan diri mereka dari UMNO, MCA akan belajar pula mengenali PAS,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai reaksi terhadap pandangan Ka Siong yang menyatakan MCA sukar menyertai PN kerana masyarakat Cina didakwa susah menerima ideologi PAS, selain mengkritik beberapa kenyataan pemimpin parti berkenaan sebagai terlalu konservatif dan sensitif dari sudut agama.

Dalam pada itu, Annuar menegaskan PAS tidak perlu mengubah dasar perjuangannya kerana asasnya berpandukan ajaran Islam, namun pendekatannya bersifat fleksibel mengikut keperluan semasa.

“Pas tidak perlu mengubah dasar, kerana Islam bukan ciptaan PAS. Tetapi pendekatan PAS sentiasa dinamik kerana situasi sentiasa berubah, asal tidak lari daripada perintah Pencipta,” jelasnya.

Beliau turut mengajak MCA untuk lebih kerap mengadakan dialog dengan PAS bagi meningkatkan kefahaman antara kedua-dua parti, sambil menyifatkan penerimaan pengundi di Sabah terhadap PAS pada pilihan raya negeri lalu sebagai bukti parti itu mampu diterima merentas kaum.

“Jika rakyat Sabah sudah mula memahami dan menerima PAS, tidak sukar untuk MCA turut mengenali PAS,” katanya.

Berita berkaitan
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
15 jam lalu· Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
September 21, 2026· Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026· Politik
Rafizi mahu syarat tahanan rumah Najib didedah
September 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
10 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
11 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
12 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
15 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok