Pendakwaan dakwa Syed Saddiq jadi dalang utama isu dana Armada

December 11, 2025 · Politik

Pendakwaan di Mahkamah Persekutuan menegaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam dakwaan pecah amanah jenayah membabitkan dana RM1 juta milik Armada Bersatu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah bekas Ketua Armada itu memberi arahan jelas kepada bekas Penolong Bendahari, Rafiq Hakim Razali untuk mengeluarkan dana tersebut atas alasan yang disifatkan sebagai “jahat dan tidak jujur”.

Menurut beliau, tindakan itu membuktikan niat tidak baik dalam pengurusan dana sayap pemuda parti Bersatu berkenaan.

“Rafiq sendiri menyatakan dia tidak akan mengeluarkan wang RM1 juta tanpa arahan daripada Syed Saddiq,” katanya ketika berhujah di hadapan panel hakim.

Beliau menambah keterangan Rafiq sebagai saksi pendakwaan ke-13 turut disokong saksi pendakwaan ke-10, 11 dan 12, yang semuanya mengaitkan tindakan mereka kepada arahan sama daripada responden.

Saksi-saksi itu ialah pemilik syarikat pembekalan pakaian, Muhammad Naqib Ab Rahim; bekas Exco Armada, Abdul Hannaan Khairy; dan bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi.

Ketiga-tiga mereka mendakwa tidak mempunyai sebab untuk “mengenakan” Syed Saddiq, malah hubungan mereka dengan beliau disifatkan baik.

“Mereka adalah rakan Syed Saddiq. Mereka sendiri kata tiada motif untuk menambah cerita. Jika benar semua ini aturan terancang, mana bukti permusuhan? Malah semasa diperiksa balas, Syed Saddiq mengakui hubungan mereka baik,” jelas Wan Shaharuddin.

Beliau turut menyebut sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Rafiq pernah bertemu Syed Saddiq untuk menunjukkan baju Melayu, menunjukkan hubungan mereka tidak tegang.

Pendakwaan berpendapat Mahkamah Rayuan sepatutnya memberi lebih perhatian kepada keterangan tiga saksi tersebut yang dianggap relevan dan penting.

“Kes kami banyak bergantung pada bukti keadaan, tetapi banyak keterangan penting ditolak,” katanya.

Wan Shaharuddin sekali lagi menegaskan pendakwaan sejak awal berpendirian bahawa Syed Saddiq bukan sekadar terlibat, tetapi merupakan “mastermind” dalam tindakan pecah amanah itu.

“Sebagai dalang, responden patut dipersalahkan sepenuhnya,” katanya menutup hujahan.

Berita berkaitan
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
8 jam lalu· Politik
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
April 15, 2026· Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
April 14, 2026· Isu semasa
Perbicaraan kes Vivy Yusof dan suami ditunda ke Julai
April 13, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
8 jam lalu · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
18 jam lalu · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
18 jam lalu · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
18 jam lalu · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok