Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.
Peguam Negara telah mengarahkan pendakwaan untuk meneruskan rayuan terakhir bagi mengetepikan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta denda RM10 juta.
Arahan itu juga menyebut agar apa jua keputusan akhir Mahkamah Persekutuan nanti diterima.
Arahan itu dikeluarkan selepas pasukan pendakwaan pimpinan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin, mendapatkan pandangan dari AGC sebelum ini.
Surat pemakluman telah difailkan kepada Mahkamah Persekutuan pagi tadi, menyatakan pendakwaan akan mengekalkan hujahan bertulis dan lisannya yang sedia ada.
Keputusan ini turut mematuhi arahan Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada prosiding minggu lalu.
Panel itu telah memberi tempoh seminggu kepada pendakwaan untuk meneliti kembali rayuannya dan memaklumkan pendirian akhir sebelum keputusan dibuat.
“Tan Sri Peguam Negara mengarahkan supaya rayuan ini diteruskan dan apa jua keputusan mahkamah yang mulia ini hendaklah diterima. Sehubungan itu, pihak perayu mengekalkan hujahan bertulis dan hujahan lisan yang dikemukakan,” menurut surat pendakwaan itu.
Wan Shaharuddin, apabila dihubungi berkata yakin pendakwaan terhadap kekuatan kes mereka.
“Sudah tentu kami yakin dengan kekuatan kes kami. Oleh kerana kami dan peguam Syed Saddiq telah berhujah berkenaan isu penting bagi rayuan ini, kami serahkan kepada kebijaksanaan panel Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan,” katanya.
Syed Saddiq sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu daripada empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang membabitkan dana sayap belia parti.
Pendakwaan bagaimanapun memfailkan rayuan dengan membangkitkan 28 alasan, mendakwa panel Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang, antaranya dengan membuat tuduhan ‘liar’ bahawa pendakwaan memberikan tekanan kepada saksi.
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan