Najib Razak berdepan kes saman 1MDB.
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakannya berhubung pelaksanaan Titah Adendum.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Alice Loke Yee Ching yang memutuska isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
Menurut beliau, oleh kerana perkara tersebut tidak menjadi sebahagian daripada keputusan rasmi Lembaga Pengampunan, Titah Adendum yang didakwa membenarkan Najib menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah adalah tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.
“Mahkamah mendapati Titah Adendum itu bukan satu perintah yang sah. Oleh itu, perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan,” katanya dalam penghakiman hari ini.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Dalam permohonan semakan kehakiman tersebut, beliau memohon perintah mandamus bagi memaksa kerajaan serta enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum berkenaan.
Najib juga memohon supaya beliau segera dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya untuk meneruskan hukuman penjara di bawah tahanan rumah, seperti yang didakwa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Namun, mahkamah menegaskan tanpa keputusan jelas dan rasmi daripada Lembaga Pengampunan, sebarang titah tambahan yang tidak melalui proses sewajarnya tidak mempunyai kesan undang-undang.
Keputusan ini sekali gus menutup laluan undang-undang Najib untuk menjalani hukuman di luar penjara buat masa ini, sekali gus mengekalkan status quo bahawa beliau perlu meneruskan hukuman penjara seperti yang telah diputuskan sebelum ini.
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan