Nurulhidayah tampil menjelaskan hubungannya dengan Akmal Saleh tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digambarkan.
Exco Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan bahawa hubungannya dengan Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh tidak pernah bersifat peribadi atau bermusuhan, sebaliknya sekadar teguran demi kebaikan parti.
Menurut Nurulhidayah, teguran yang dibuat adalah atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam perjuangan parti.
“Ia hanyalah nasihat seorang kakak kepada adik, demi memastikan UMNO terus kuat dan berprinsip,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Khamis.
Beliau menjelaskan kekeliruan tercetus apabila satu kenyataan di media sosial dipetik daripada ‘sumber’ lalu dibentuk naratif seolah-olah wujud konflik antara mereka.
“Malangnya, kenyataan itu digarap sehingga menampakkan seakan ada pergeseran atau perbalahan. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.
Nurulhidayah berkata, perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam politik, namun memutar belit niat dan fakta demi sensasi adalah tidak adil.
“Perbezaan itu lumrah, tetapi memesongkan fakta adalah kezaliman wacana. Kita perlukan kejujuran, bukan sekadar gema sorakan,” ujarnya.
Beliau turut memuat naik gambar pertemuannya dengan Akmal ketika menghadiri majlis resepsi anak Ketua Menteri Melaka sebagai bukti hubungan mereka kekal baik.
“Dalam perjuangan, kita perlu berani menegur sesama sendiri, bukan membiarkan pihak luar menentukan naratif kita,” tambahnya.
Pada Rabu, sebuah portal media tempatan memohon maaf atas kesilapan melaporkan seolah-olah Akmal mengeluarkan kenyataan membidas Nurulhidayah, sedangkan ia sebenarnya hantaran pengguna media sosial yang dikongsikan semula.
Terdahulu, Nurulhidayah menegur kelantangan Akmal berkaitan hala tuju parti, khususnya cadangan supaya UMNO menilai semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan dan menghidupkan semula Muafakat Nasional.
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
UMNO Negeri Sembilan minta sidang DUN disegerakan
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan