Tuan Ibrahim dakwa hanya khabar angin PAS calonkan Samsuri sebagai Pengerusi PN

January 13, 2026 · Politik

PAS menafikan dakwaan telah mencalonkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Penafian itu dibuat ketika spekulasi mengenai kepimpinan gabungan tersebut terus hangat diperkatakan sejak peletakan jawatan Muhyiddin hujung tahun lalu.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dakwaan yang mengaitkan Ahmad Samsuri hanyalah khabar angin dan belum pernah dibincangkan secara rasmi.

“Itu hanya khabar angin. Majlis Tertinggi PN pun belum bermesyuarat mengenai perkara ini. Ia akan dimuktamadkan dalam mesyuarat PN,” katanya ketika dipetik laporan media.

Ditanya sama ada PAS sudah membuat keputusan untuk mengemukakan calon daripada parti itu, beliau menjawab ringkas, “Belum.”

Kenyataan tersebut sekali gus menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Rahim Thamby Chik.

Sebelum ini, Rahim menerusi satu hantaran Facebook mendakwa PAS telah mengemukakan Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu, sebagai calon Pengerusi PN.

Menurutnya, perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat MPT bersatu malam sebelumnya.

“PAS telah mengemukakan Dr Sam sebagai calonnya, namun pelantikan muktamad akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang,” tulisnya.

Bagaimanapun, Rahim kemudiannya meminda hantaran tersebut dengan menggugurkan perincian berkaitan mesyuarat berkenaan, walaupun kandungan asal masih boleh dijejaki menerusi sejarah suntingan Facebook.

Dakwaan itu turut bercanggah dengan kenyataan Muhyiddin yang memaklumkan kepada media bahawa PAS belum mengemukakan sebarang nama untuk jawatan Pengerusi PN.

Muhyiddin meletakkan jawatan pada 30 Disember lalu susulan krisis politik di Perlis yang merenggangkan hubungan antara PAS dan bersatu.

Sehingga kini, walaupun PAS dilaporkan menuntut jawatan Pengerusi PN, parti itu masih belum menamakan calon rasmi, menjadikan persoalan kepimpinan PN terus terbuka dan diperhati ramai.

Berita berkaitan
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
April 28, 2026· Politik
Zahid beri bayangan tiada kerjasama dengan PN di Negeri Sembilan?
April 27, 2026· Politik
PAS sasar kerusi Muar, mahu singkirkan Syed Saddiq
April 27, 2026· Politik
Azmin dicadang kembali terajui PN Selangor
April 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
4 jam lalu · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
4 jam lalu · Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
23 jam lalu · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok