Akmal sokong titah Agong berhubung isu bahasa Melayu, persoal isu UEC

January 19, 2026 · Isu semasa

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, tampil menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan Bahasa Melayu mesti kekal sebagai bahasa kebangsaan dan teras utama dalam sistem pendidikan negara.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menyifatkan titah tersebut sebagai jelas dan berprinsip, khususnya dalam menjawab perdebatan berpanjangan berkaitan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Daulat Tuanku. Titah ini sangat jelas. Kalau tidak terima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Menurut beliau, sebarang cadangan untuk mengiktiraf sistem pendidikan baharu tidak boleh bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai asas pembinaan negara bangsa.

Pandangan itu selari dengan titah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam titah berkenaan, Sultan Ibrahim bertitah jika mahu membangunkan atau mengiktiraf sistem pendidikan lain, ia mesti selari dengan dasar sedia ada.

“Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah Bahasa Kebangsaan. Sebarang usul mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan Sejarah,” titah baginda.

Baginda turut menegaskan, “Kalau ada yang tidak terima, lebih baik jangan duduk di Malaysia.”

Isu UEC bukan perkara baharu dalam landskap politik negara dan sering mencetuskan perbahasan hangat melibatkan soal perpaduan, identiti nasional dan keadilan pendidikan.

Sijil UEC digunakan oleh sekolah menengah persendirian Cina dan sehingga kini belum diiktiraf oleh kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan parti itu bercadang memohon pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Berita berkaitan
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
November 24, 2026· Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026· Politik
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
November 23, 2026· Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
November 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok