Saifuddin sanggah Rafizi kata kekalahan Izzah bermakna rakyat tolak PMX

May 13, 2025 · Politik

Rafizi Ramli ditegur bekas setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail susulan kenyataan beliau yang membabitkan Presiden parti dalam pertandingan jawatan timbalan presiden yang sedang ditandinginya.

Rafizi terdahulu berkata sekiranya Nurul Izzah Anwar kalah dalam pertandingan pemilihan PKR kali ini ia juga merupakan satu isyarat bahawa rakyat juga menolak Presiden PKR dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Saifuddin berkata Rafizi tidak wajar melibatkan Anwar dalam pemilihan PKR dan menegaskan ia hanya pertarungan antara Rafizi dan Nurul Izzah.

“Saya berbeza (pandangan). Saya tak melihat tertolaknya Izzah, maknanya penolakan kepada…(Anwar). Saya tak lihat begitu.

“Ini adalah pertarungan antara Rafizi dengan Izzah. Wujud PKR ini adalah disebabkan berlakunya insiden terhadap tubuh badan dia (Anwar) pada September 1998,” katanya semasa sidang media selepas himpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri.

Semalam, Rafizi menyeru perwakilan PKR mengundi pencabarnya itu sebagai timbalan presiden.

Rafizi berkata, ini kerana Anwar akan mendapat gambaran buruk jika anak perempuannya kalah dalam perebutan jawatan nombor dua parti.

Rafizi dan Nurul Izzah akan bertembung satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden.

Pada pemilihan 2022 Rafizi menang jawatan itu, manakala Nurul Izzah tidak bertanding dan dilantik sebagai naib presiden PKR.

Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli biro politik PKR berkata seruan Rafizi supaya perwakilan mengundi Nurul Izzah menunjukkan keunikan dalam parti.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah berlaku dalam parti politik lain.

“Itu uniknya dalam PKR. Saya lawan kamu, saya ajak perwakilan sokong kamu,” katanya.

Berita berkaitan
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
1 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
9 jam lalu· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
3 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
9 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
23 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok